Thursday, September 4, 2014

teroka teroesir

Kau bilang, mahu teroka dunia.

Dengan aku.

Dengarnya indah, kita di awang-awangan.

Sama-sama teroka yang hitam, yang putih dunia.

Tapi, jika sama-sama teroka itu,

aku jumpa yang hitam itu kau. Atau, kau jumpa yang hitam itu aku.

Kau mahu berhenti teroka?

Wednesday, August 20, 2014

knock knock, 1 2 3

Kau ditolak.

Sehinggakan kau rasa kau ini tidak punya akal yang penuh.

Akal yang terisi.

Kau cuma ada akal yang sedikit, refleksi daripada itu dapatlah remark "kau tidak mampu menyempurnakan kerja dengan baik, useless".

Kau punya saat kau rasa kau adalah aset, tetapi sekarang kau adalah asid semata!

Knock,knock. Can you please bring back my own self?

Thursday, July 17, 2014

Let's hear your rhythm, don't wait

Tarik aku.

Tarik aku sedalam-dalamnya.

Aku ingin merasai rush itu.

Aku ingin merasai ketenangan itu.

Aku ingin masuk ke dunia itu.

Dunia aku, seorang.

Walau, kejap cuma.

Kerna kejap itu, ku rasakan sayang.

Sini, lama yang membutuhkan aku kuat.

Lama,

yang aku nampak tiada penghujung.

Memori di Gunung Stong, 30 April hingga 4 Mei.
Musik background: Olivia

Thursday, June 26, 2014

rainbow stripes, will you come out now?

"Look at the sky, there's no beginning to it and no ending.

Have you walked far enough to discover the beauty?"

Betapa fragile-nya hati aku ini. Ujian datang, terus terombang ambing! Bamm!

Hati, kau taknak ke kekal tenang?

Kenapa perlu kau hantar signal ke otak aku, saying you are not happy?

Otak, kau ada jawapan?

There will be no easy way out to make a choice. And to step out from your comfort zone, do different things altogether, it doesn't make any sense to certain people.

Allahu. Guide me.

Saturday, April 5, 2014

Deal?

Here's the deal.

Aku: Aku ada emas.

Kau: Aku ada duit.

Aku: Aku nak duit, jadi aku trade emas ni bagi kat kau.

Kau: Aku nak emas, aku nak duit juga.

Aku: Kau tak boleh ada semua. Kau ada emas, kau boleh dapat duit juga. Aku ada duit, aku boleh dapatkan emas jugak.

Both are valuable. It's just in different form.

Seronoklah kau kalau semua yang nak boleh dapat. Apa kata ambil plastisin, buat bentuk bulat pastu ukir-ukir sikit haa kan dah jadi planet kau sendiri dok situ diam-diam. 

Monday, February 3, 2014

kau manusia kau tak boleh ada semua

dah dekat pukul 2am, baru aku nak start menulis.

jadah.

punggung pun dah kebas, lama sangat duduk dan tercangak nak tulis apa. stalk orang bukan main, ah bukan selalu dapat peluang ni. kalau dah mula kerja, pegi kerja pagi, balik dah maghrib, malam penat terus tidur. tak dak life ye dak? 

sebab tu aku dah come out with new year's resolutions. satu-satu benda yang tak pernah aku buat selama ini sebab bagi aku ni benda ni mainstream sangat. ha kau sekarang jilat balik ludah caci maki keji kau tu, mira. panjang juga resolutions tu, tapi inshaAllah benda tu boleh accomplish sebab yang penting tak libat costs and the resolutions will help to develop "me-self".

aku bangga ada resolutions tu. hangpa semua bagaimana?

Saturday, December 21, 2013

Hitam Putih

Kau hitam, aku putih.

Kau tanya aku kenapa?

Bukan sebab kau jahat, bukan sebab aku suci.

Haba aku semua kau serap, kau tinggalkan aku berhati sejuk.

Bak sini haba aku, bodoh.

(2013, batu 3 shah alam)